Monday, February 7, 2011

Sini Ada Hantu...

sini ada hantu posterSelepas kejayaan "Histeria", pengarah filem James Lee terus mengarah sebuah lagi filem seram yang bertajuk "Sini Ada Hantu", dibarisi pelakon seperti Fasha Sandha, Pete Teo,  Baki Zainal, Alvin Wong dan Eira Syazira.

Ditemui pada hari terakhir penggambaran "Sini Ada Hantu" di Sea Park, Petaling Jaya awal bulan Mei, Lee memberitahu penonton dapat menyaksikan pelbagai jenis hantu dalam filem ini.


"Ini adalah tawaran yang cukup bagus, empat hantu dalam sebuah filem. Untuk lagenda Melayu, ada hantu pokok pisang. Bagi segmen Cina pula, kita ada hantu yang melibatkan lelaki pergi ke kubur untuk sembahyang bagi mendapatkan nombor ekor. Ketiga adalah hantu Jepun di hostel di mana para pelajar selalu ternampak hantu-hantu Jepun ini berkawad. Akhir sekali adalah hantu India yang memburu dua watak protagonis iaitu pemandu yang menceritakan ketiga-tiga kisah hantu tadi."

Hadi, Masri Juara Minggu ke-2 TLTBSSMenelan kos perbelanjaan sebanyak RM500,000, pengarah filem berumur 37 tahun ini memberitahu tiada CGI (teknik penjanaan imej berkomputer) akan digunakan kerana menganggap ia 'melanggar peraturan' mengarah filem. "Apa sahaja yang saya bayangkan, saya boleh buat. Bila saya buat 'Histeria', saya mengelak daripada menggunakan CGI kerana saya mendapat inspirasi daripada filem-filem seram Amerika tahun 80-an seperti 'Evil Dead', 'Days Of The Living Dead' dan 'Friday The 13th'. Itu semua sebelum CGI, di mana mereka hanya memakai kostum. Saya ingin membuat filem seperti itu, sebelum saya menggunakan teknik CGI
.
 
Movie Still Sini Ada Hantu
Lee memberitahu pada mulanya filem ini dijadualkan untuk tayangan pada bulan Ogos 2010 iaitu bulan Chinese Hungry Ghost Festival. Namun memandangkan Hari Raya Puasa juga adalah pada bulan yang sama, filem ini ditunda sehingga akhir tahun ini.

Seminggu selepas tamat penggambaran "Sini Ada Hantu", Lee kini sedang sibuk dengan penggambaran sebuah lagi filem komedi seram yang bertajuk "Awek Aku Pontianak".
Movie Still Sini Ada Hantu

Wajah Hodoh Fasha Dalam Sini Ada Hantu

James turut mengulas mengenai penampilan pelakon Fasha dalam filem ini yang disifatkan prenonton agak menghampakan, kerana dia dibiarkan tanpa mengungkap sebarang dialog.
"Memang sukar untuk mencari siapa yang akan memegang watak Fasha dalam filem ini. Bila saya puas memikir, akhirnya Fasha lah orang yang sesuai kerana wataknya mesti sangat cantik tapi tidak perlu berdialog.

"Namun kami akui sukar untuk buat Fasha hodoh ketika babak dia merasuk mangsa. Malah jurusolek kami sendiri memberitahu, sukar untuk membuatkan Fasha kelihatan hodoh. Oleh yang demikian kami terpaksa gunakan teknik CGI supaya ia nampak lebih menggerunkan," katanya lagi.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...