Monday, December 20, 2010

Hantu Kak Limah Balik rumah

SINOPSIS
Cerita nie serupa Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ le dan diteruskan oleh Mamat Khalid  dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’.  Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.Aku rasa kali nie lebih seram..boleh terkejut2 tu.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang.  Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam.  Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.  Husin lakonan Awie bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.  Abi Hurairah lakonan Johan Raja Lawak juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.  Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang.  

Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.  Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah.  Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput.  Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam. 
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut.  Hantu apakah itu sebenarnya?  Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut?  Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’ dan juga temui bomoh Ngangkung di dalam filem nie.

Jom Layan Trailer "Hantu Kak Limah Balik Rumah"

Tuesday, December 14, 2010

Aku Masih Dara Mengupas Fenomena Remaja Kini...

KUALA LUMPUR, 17 JANUARI 2010: Selepas pelbagai kejayaan yang dikecapi melalui filem arahannya, kini Ahmad Idham sekali lagi diberi kepercayaan oleh MIG Productions Sdn. Bhd (MIG) untuk mengemudi filem terbaru, Aku Masih Dara.

Menurut Idham, filem yang mengisahkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja itu berdasarkan kisah benar yang dilalui oleh seseorang yang menyebabkan dia berasa terpanggil untuk mengarah.

"Ia adalah pembongkaran kepada masalah remaja islam zaman sekarang yang makin jauh tersasar daripada landasan sebenar. Filem ini sangat dekat dengan masyarakat kerana ia benar-benar berlaku di Malaysia pada hari ini. Ideanya datang selepas saya mendengar kisahnya daripada seseorang.

"Pelbagai isu yang diketengahkan - daripada pergaulan bebas hinggalah kepada masalah dadah. Contohnya, saya cuba mengupas mengenai pelbagai pemahaman berbeza mengenai agama Islam. Di sini, saya banyak selitkan unsur-unsur nasihat dan dakwah" kata Idham yang ditemui, baru-baru ini.

Idham turut menjelaskan, kejayaan memberangsangkan melalui filem yang bercorak keagamaan seperti Syurga Cinta yang ditayangkan tahun lalu mendorong MIG menerbitkan filem ini. Namun ia bukanlah sambungan dari filem tersebut tetapi menggunakan konsep dan pendekatan yang sama iaitu dakwah.

Aku Masih Dara
kini dalam proses pembikinan di sekitar Lembah Klang dan Cameron Highlands, Pahang. Filem yang menggunakan bajet sebanyak RM1.5 juta ini bakal ditayangkan pada pertengahan 2010.

Pelakon yang menjadi tonggak utama iaitu Raja Farah dan Asyraf Muslim. Manakala ia turut dibintangi Dian P.Ramlee, Rahim Jailani, Safura, Riezman Khuzaimi, Diana Amir dan ramai lagi.

Aku Masih Dara
mengisahkan 3 sahabat Aleesya, Sofea dan Hani yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Mereka mempunyai pandangan yang ber
beza tentang Islam berdasarkan cara didikan oleh ibu bapa masing-masing.

Perbezaan ini tidak menghalang persahabatan mereka sehinggalah kemunculan Firdaus, sepupu kepada Aleesya yang warak. Menyedari Aleesya yang hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduknya sehinggakan dia membenci Firdaus.


Teks oleh Thani Hasbullah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...